Rambut adalah mahkota bagi setiap wanita. Salah ni. Dah lapok ayat ni haaa.. Bukan sahaja wanita tapi untuk lelaki juga. Kesimpulanya rambut adalah mahkota bagi setiap jantina.. hahaha.. Pape entah. Hentam jela.
Tapi entry ni aku buat untuk wanita2 je.. Tapi secara spesifiknye untuk wanita yang bertudung dan tersangatlah sibuk macam saya. Mane nak g kelas. Nak buat assgmnt la. Nak jaga rambut la. Nak jaga muka la. Itu la ini laa. Macam2 kan.. Sebok bebenoo.
Korang mesti pernah alami kulit kepala yang berminyak dan mempunyai banyak kelemumur kan.. Tapi dekat bahagian bawah rambut kering kontang.. Bile bukak je tudang dah tak tau korang ni singa ke manusia.. hahaha.. rambut mengembang dah rupa hantu kak limah.. *tak habis2 hantu kak limah.. macam ni haa.. ngeri pun ada gak
|
|
|
V
Hal ini terjadi disebabkan anda kerap mencuci rambut dengan shampoo. Memang laa kulit kepala akan bersih dan kurang berminyak serta kelemumur pun menghilang.. tapi kat bahagian bawah rambut tu pernah korang fikir nak letak conditioner ke ape ke. waduh2 gawat ni.. 2yang bahagian bawah rambut kering, bercabang,mengembang dan rosak.. ish,ish,ish,ishhhh..
Ni nak share siket laa. kan.. Sebab aku pun pernah try cara ni.. bes sangat hasilnye.. Jom2 tengok..
1. Guna shampoo yang bersesuaian dengan kulit korang.. untuk kulit kepala yang berkelemumur cam aku ni pakai laa shampoo anti dandruff.. Aku guna shampoo DOVE je.. Sebenarnye aku ikut dan je nak pakai shampoo ape pon. Ikut suka je haa.. Korang boleh pakai shampoo tiap2 hari tak pun selang sehari. Sebabnye korang bertudung. Tak nak lah lepas je cabut tudung rambut bau masam. Jaga siket. Awak tu perempuan. Tak manis tau haa.. Nak diingatkan.. Kalau boleh basoh rambut korang dengan air suam dulu sebelum bubuh shampoo.. Sebab nak bagi liang2 roma di kepala terbuka. kalau tak guna air suam pun tak ape. Dan shampoo tu buihkan dulu kt tangan sebelum letak kat kepala.. Then dah jadi buih baru laa letak kat kepala. Gosok2 siket.. Urut2 siket.. Siket je tak banyak.. Sebab tak de masa laa katekan.
2. Bilas lah rambut tu dengan air. Sampai hilang kesan2 shampoo tadi tu.. Pastikan guna air sejuk.. Bukan laa soh guna air yang dalam peti sejuk tu.. hehehe. jenuh kalau gitu.. Air biasa yang kita mandi tu haa..
3. Selepas bilas rambut dengan air.. korang guna laa conditioner. latak kt bahagian bawah rambut je taw. jangan letak kt kepala. takut nanti kulit kepala lagi berminyak.. Biarkan beberapa minit dan bilas.
4. Keringkan rambut korang. Jangan ganas2 taw. Lembut2 je. Slow2. Gosok2 guna tuala. tak pon keringkan depan kipas..
5. Letak lah minyak rambut ataupun pelembab tanpa bilas.. Nak bagi rambut korang tak serabai.. haa., jgn banyak2.. siket2 sudah lah. Jangan bubuh kat kulit kepala. bubuh kat hujung2 rambut je..
6. Sikat lah rambut.. Kalau boleh lepas sikat rambut jgn ikat taw. bagi die bernafas.. okey?
Ni pulak kalau korang nak buat treatment rambut sendiri..
1. Guna laa conditioner treatment wax.. ataupun hair mask seminggu sekali je. Itu pun kalau korang busy gile.
2. Cara nak guna korang lumurkan kat keseluruhan rambut.. jangan bagi kena kulit kepala taw.
3. Rendam tuala dalam air suam. Perahkan tuala separuh kering.
4. Tuala basah tu balut kepala. kire cam buat steam rambut kat saloon tu ha.. Balut ke pala dalam 10-15 minit.
5. Bilas rambut dengan air sampai hilang sisa produk.
Ni contoh Teatment wax
|
|
|
V
Boleh didapati di Watson dengan harga RM 15
Ada banyak jenis.. : )
Hair Mask
|
|
|
|
V
Sunsilk Hair Mask.. RM 12 dah dapat rasenye.
Okey.. selamat mencuba.. Letih taip panjang lebar.. Jagalah rambuta anda. Supaya kekal menawan. macam ini..
|
|
|
|
|
V
Teringin nak rambut cam gini.. heee.. okey. bye2










































